Hawa dicipta dari tulang rusuk adam,Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,Bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya, Melainkan dari sisi nya untuk dijadikan teman hidupnya,Dekat pada lengan untuk dilindunginya,Dan dekat di hati untuk dicintainya.


Wednesday 5 October 2011

nurse? heheh,tidak lagi..

Assalamualaikum....
ok kenapa title nurse? eceli lepas SPM ingat nak apply staf nurse je.nampak macam senang je.Yela sebab kakak aku staf nurse.heheh..masa tu memang malas nak pikir panjang, so apply la dekat SPA. hmmm ingat senang la nak dapat nursing.rupa-rupa nya susah.yela berapa ribu yang apply. rezeki masing-masing la kalau dapat....
mesti la ramai yang apply sebab lepas belajar, memang terus dapat kerja.sapa la yang tak nak kan?. ok niat nak belajar tu ada,tapi masa tu tak la semangat sangat nak belajar.hahaha(ape nak jadi,malas betol ida ni).


But lastly buat keputusan sambung belajar la,lagi pun muda lagi kalau nak kerja.dan masa tu mcam-macam la pikir..bla..bla..bla.bla.....
dan nak dikatakan takdir tuhan, sekarang ni berada di uitm segamat johor (9/10/2011 last berada di uitm segamat. dah 3 tahun masa dihabiskan untuk buat diploma.) harap-harap segala-galanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T amin......


Nurse?heheh,dulu yela,sekarang tidak lagi.selepas ada pengalaman SEHARI jadi nurse.
eh tapi bukan sehari sangat  la. semalam je..hehehe...



lepas je semua ni,memang terus ubah fikiran..ha nak tau kenapa? sebab kerja staf nurse penat.tambah2 ada shif..huhuhu,malam paling penat.yela orang tidur tapi kena jaga patients.
TAPI aku tak la tolak mentah2.ada pro dan kon setiap kerja yang kita buat.

Teman kak yong kerja malam kat Hospital Melaka (wad D4, ortopedik (lelaki) )
 so yang ada kat dalam wat tu semunya lelaki yang dah patah2 anggota badannya.
Ok,time ni kak yong kerja malam, saje nak ikut sebab malam tu rase bosan giler,adek along kat umah pengasuh  sebab dorang sekolah esok.kakak aku ni risau nanti aku tak bangun siap kan anak-anak dia.kalau aku tak bangun,so anak2 dia tak g sekolah la.hehehe....

Sampai je kat dalam wad tu aku just usha2 je..tengok kawan2 kakak aku kerja sambil tu tengok suasana hospital waktu malam dari tingkat atas.tengah dok layan suasana malam.korang tau tak ape yang aku nampak???jeng... jeng.. jeng... eceli aku nampak sorang mamat ni dia tengah borak dengan staf nurse perempuan sambil memegang beg cara perempuan pegang.ala yang macam lembut gitu.heheh,tergelak aku mase kat tingkas atas.so lepas tu aku tanya la kak yong.
laki tu staf nurse jugak ke? kakyong kata ye..( tapi aww ler...) so,paham la aku bila dia cakap macam tu..tapi tak kesah la lembut ke,keras ke janji ko ade kerja dan ko tak kacau orang.

Malam waktu orang tidur,masa ni aku memang tak biasa berjaga malam,pukul 11 malam aku dah ngantuk.banyak kali kot aku menguap..memang dah tak tahan mata ni.nak pejam je..
tetibe je kak yong cakap dia nak g bilik operation dengan attendent kat situ. so aku cakap nak ikut sbb bosan tak buat pape. aku follow je kakak aku sampai la operation room sebab ada pesakit baru lepas operation,accident. kalau nak ikut kan mana boleh senang2 masuk kawasan tu.tak silap aku la. so malam tu dapat masuk. 

Aiyo......kesian itu budak..terbaring dengan kaki nya patah.tacing plak aku masa tu.yela dengan mak budak tu yang matanya dah merah2 sebab nangis. Aku curi-curi snap picture ni. nurse yang kecik2 tu kakak aku la tu. lepas tu teman kak yong dgn attendent dia tolak budak tu g wad.
nak tolak sorang2 mana larat.sbb tu kena ada orang lain tolong kak yong.

Sampai je kat wad,aku duduk lepak2 je,tengok nurse2 yang lain buat kerja.bosan jugak tengok orang,ngantok pulak tu..Rase macam nak baring je kat katil pesakit yang kosong kat situ.kak yong bagi je,tapi aku segan la pulak.hahah.....

kawan kak yong : sape ni?adek kak niza?
Aku: a'ah sambil senyum..
Kawan kak yong : ooo, ada staf nurse baru la malam ni (akak tu berseloroh)
AKu: hahaha(gelak je)

Disebabkan kak yong macam banyak keje nak kena buat,so aku tolong la ape yang patut.

Kakyong: kakcik tolong masukkan data kat dalam borang  ni.
AKu: ok..yang ni je? (mcm nak buat bnyk je.yang ni pun belum tentu boleh siap :D)

heheeh...bermula la kerja-kerja masuk kan data-data pesakit dan juga diet makan dorang..
lama jugak nak isi data2 ni.sebab ada perkataan yang aku tak paham.(tau kenapa aku tak paham?SEBAB dekat hospital  melaka still guna manual,guna tulisan tangan). 
tak kesah la.aku buat jer..so nama pesakit cina,india yang aku tak paham nama korang, minta maaf la ye.mane tau tertinggal 1 huruf ke.jadi bunyi lain pulak. heheh...
aku buat ni sampai kul 4 pagi.time ni memang dah mengantuk tahap gaban! aku rase nak je baring kat atas lantai..hua............so aku lepak dekat pantry.duduk sambil tersengguk sengguk tahan tidur..dalam hati (fuh macam ni ke kerja shif malam???.penat..mengantok..memang merungut habis masa tu.macam mana la kakak aku boleh tahan kerja shif malam.aku yang tolong semalam ni pun dah merungut.)
 aku tak tidur sampai la subuh..lepas je subuh aku duduk-duduk2 je..ingat kan boleh la balik kul 8pg.aku asyik tanya kakyong tak boleh balik lagi ke?kak yong kata dalam pukul 9 lebih baru boleh balik..so aku sarap la dulu,bihun goreng dengan nescafe sbb nak tahan tidur.
dah pukul 9 tapi kak yong cakap tak boleh balik lg.ada sikit lagi kerja. so aku tanya ada pape nak tolong.

kakyong: ha, tolong tulis nama pesakit-pesakit ni kat board depan pintu masuk bilik.
aku        : o..ok,(dengan segera menurut perintah.segera la sangat :P )

aku pun ambil marker pen dgn list name tadi.ada 20 list tak silap aku. so aku pun tulis la satu2 nama dengan no katil pesakit. knp buat macam ni??? sebab nanti senang la if parents or sape2 nak datang menziarah..

Hampir pukul 10pg baru boleh gerak balik umah,yang mengambil masa setengah jam dari hospital Melaka. biasa nya aku drive,tp masa nak balik tu memang tak la kan.

Kakyong : jom balik, kak cik drive..
aku           : ha? kak yong la.kakcik ngantok giler ni. mmg surrender la.
kak yong : ha tau pun,mcm ni la kakyong kalau shif malam.

dalam kete aku tak tido pun,just borak2 dengan kak yong,ada la aku tanya sal kerja dia dan lain-lain....
sampai je rumah memang terus cari katil,bantal..terus tido....

anyway ini sahaja nak diceritakan,pengalaman yang tak seberapa ni. :)
last but not least...  thanks and love u KAK YONG
And Love u again  Sebab support duit every month time sy belajar (3 tahun)
* saya hargai pertolongan yang diberikan dan akan membalas semula jasa kak yong.

Bukan senang nak cari duit,nak ada duit kena kerja.nak kerja kena belajar. dan sebab itu lah saya belajar... :)

Wassalam.......














Thanks for read my bloggie.